Syeikh Mulaqul Alam datang menerpa. Ashraf yang asyik termenung, tergamam.
Seketika, mereka berdua berguling-guling di atas tanah yang berdebu. Mereka
berdua saling merenung retina mata masing-masing. Cuping telinga Ash
bergerak-gerak, mengamati bunyi dentuman peluru yang membingitkan. Ash
tersenyum menatap wajah Syeikh Mulaqul yang dirindui. Bagaikan utusan Malaikat datang
dari langit, nyawanya diselamatkan oleh insan yang paling dikasihinya. Hati
mereka terasa bersatu dalam pelukan erat seorang anak dengan bapanya.
“ Cis!” Edmund membentak dan tembakan terus dihentikan. Nafasnya
terasa panas. Pengambil nyawa adiknya masih lagi hidup. ‘Lelaki misteri’ yang
datang tiba-tiba, perosak segala rancangannya. Dengan tidak semena-mena, dia
bangkit lalu mengeluarkan sebilah pisau pundak dari dalam kasutnya. Amarahnya
menggila. Dia cuba bergerak namun terhalang dengan tangan yang menarik keras
kakinya.
“ Biarkan aku yang selesaikan dia. Aku lebih mahir dalam hal ini,
Ed,” ujar Joseph. Dia juga bangkit, berdiri rapat di sebelah Edmund. Tangannya
beralih kemudian pisau pundak itu dirampas.
“ Serahkan pada aku sahaja. Aku pasti akan bawa mayat dia untuk
kau, Ed.” Joseph memberi jaminan. Edmund
merengus. Joseph seperti mengecilkan dirinya sebagai seorang ketua dalam
operasi ini. Tembakan telah diberhentikan serta-merta kerana sasaran sudah
tiada di hadapan mata. Peluru tidak boleh dibazirkan dan harus dijimat untuk
membunuh ramai lagi umat islam. Satu kepuasan bagi mereka apabila membunuh
setiap mangsa dengan kejam.
“ Aku buat semua ini untuk kau, Ed. Kau ketua. Kau harus tetap
hidup untuk operasi seterusnya. Sasaran kita cuma satu orang. Jangan kerana
dia, kita semua harus mati, Ed.” Edmund terdiam. Kata Joseph ada benarnya. Dia
tetap harus hidup. Tanpa seorang ketua, pasti anak-anak buahnya akan hilang
semangat. Dia bersalah kerana melemparkan tuduhan yang macam-macam terhadap
Joseph sedangkan rakannya sanggup berkorban nyawa deminya.
“ Baik. Aku percayakan kau, Joseph. Ingat. Jangan hampakan aku.
Bawa mayat dia hidup-hidup untuk aku sembelih ‘binatang’ tu.” Bahu Joseph
dipegang. Joseph tersenyum, menipis di tepi wajah.
“ Aku akan pastikan itu, Ed. Untuk kau, aku bawa dia sebagai
‘hadiah’ yang paling kau akan ingat.” Tangan Edmund ditolak halus. Dia bergerak
secara berhati-hati, meredah kegelapan malam di bumi Syam. Pisau pundak di tangan,
digenggam kemas.
“ Siapa mereka, bapa?” Ashraf melepaskan pelukan Syeikh Mulaqul
Alam, dan membaringkan ayah angkatnya di atas tanah. Ayah angkatnya dilindungi
di belakang tubuhnya. Kalau musuh datang, Ash lebih rela kalau dia yang mati
dulu.
“ Mereka pembunuh upahan ‘elit’ yang telah diumpah oleh rejim
Israel untuk bunuh kau. Bapa terlebih dahulu menghidu hal ini lalu bapa
cepat-cepat menuju ke sini. Memandangkan kau sendiri pun tidak pernah
menyangka, tempat persembunyian akhirnya diketahui,” ujar Syeikh Mulaqul Alam
dalam nada yang perlahan.
Ashraf menggeleng. Tidak disangka sampai ke sini,
mereka memburunya. Padahal dia sekarang sudah lama bersara. Dia hanya sekadar
jadi ‘mastermind’ untuk segala serangan ke atas rejim laknat itu. Sekala-sekala
sahaja dia turun ke medan perang, kalau keadaan pejuang-pejuang bapanya sedang
‘tenat’. Itu pun dia hanya mengunakan pedang warisannya untuk terus mencatas
leher-leher musunhya. Bukannya mengunakan senjata berat.
“ Bapa, sekarang ikut saya,” arah Ashraf. Ash terlebih dahulu
mengesot ke hadapan.
“ Ke mana?” tanya Syeikh Mulaqul Alam tapi masih tetap mengekori
Ash dari belakang. Dia yakin dengan kemampuan Ash. Pasti dia mempunya rancangan
tersendiri untuk menewaskan musuh-musuhnya.
“ Lima meter dari sini. Kita akan sampai pada batu besar putih
yang sudah lekuk. Cepat. Sebelum musuh sampai,” ujar Ash sambil matanya tidak
lepas dari memandang sekeliling. Syeikh Mulaqul Alam mengangguk.
Joseph terus memburu musuhnya. Tidak sabar rasanya untuk merentap
lelaki berwajah melayu itu. Lelaki itu telah banyak membuat ‘kejahatan’ pada
rejim Israel. Dia melakukan tugas ini kerana dia mahu bertentang empat mata
dengan lelaki hebat itu. Biar dunia tahu, siapa yang sebenarnya lagi hebat.
Keadaan sekeliling gelap gelita. Kalau adapun cahaya, pasti sahaja
datang dari bulan yang tengah mengambang penuh malam ini. Tanpa sedikitpun
suluhan cahaya, Joseph terus menapak. Sebagai pembunuh terlatih, dia sudah
terbiasa dengan situasi begini. Matanya lebih tajam dari cahaya itu.
Tanpa disedari oleh Joseph, Ash sedang meniarap berhampiran
dengannya sejurus selepas menyembunyikan Syeikh Mulaqul Alam di bilik bawah
tana. Tanpa gentar, dia akan merempuh musuhnya seorang diri. Hatinya sudah lama
terbakar dengan manusia yang bertopengkan syaitan ini.
“ Kau telah membunuh saudara-suudara aku di bumi ini. Kau
memperlakukan wanita sesuka hatimu. Kau menyeksa kanak-kanak dengan nafsu
binatang mu. Kau kira dengan mudah aku dapat melepaskan kau. Sebelum darah kau
menjadi ‘galang ganti’, aku tak kan berhenti untuk terus menghacurkanmu,
syaitan!” Ash mengeluarkan sebilah pisau tajam dari balik jaket kelabunya.
“ Dengan nama Allah yang Maha Esa, aku berjuang demi
mempertahankan agamamu. Allahuakbar!” Teriak Ash. Berlari secepat mungkin, dia
menjuruskan pisau di tangan ke tepi. Joseph berpaling tetapi sejejer darah
merah yang mengalir membuatkan dia terdiam sepi. Matanya mengenjang berat. Dan
dia masih mampu berjalan walaupun sudah kelihatan seperti mayat hidup. Pisau pundak
di tangannya digenggam erat dan ditarik ke belakang. Dada Ashraf adalah
sasarannya.
Ashraf terus bertindak. Dia melakukan lompatan ke udara lantas
kepala lelaki itu dicapai, dipegang lalu pisau di tangannya dibenamkan. Ash
membuka mata. Tubuhnya mendarat.
“ Mati kau, musuh Allah!” Joseph membisu. Pantas, tubuhnya rebah
ke tanah yang berdebu merah. Malam ‘tersenyum’ riang kerana seorang lagi musuh ‘tuannya’
telah menemui ajalnya. Musuh pada agama Allah sama sahaja musuh kepada seluruh
alam. Alam muka bumi ini tidak pernah sekali ‘redha’ pada yang menumpahkan
darah umat islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan