Langit
biru bertukar kegelapan yang amat pekat dan perlahan-lahan kegelapan mengunjur
hingga ke hujung timur. Malam ini wajah akan bertukar. Yang biru bertukar hitam
dan yang hitam pastinya akan menjadi merah. Waktu terus berjalan pantas seiring
dengan dendam yang berentak laju. Pedang tua itu sekali lagi bermandikan darah
malam ini. Seolah-olah sudah tercatat pada takdir yang tertulis, pedang itu
akan terus-terusan membunuh manusia yang tidak berdosa tanpa sensalan
sedikitpun. Dosa seakan membisu. Dan darah terus bermaharajalela.
Sebentuk
cincin lagi bakal menjadi milik kuasa hitam. Merestui detik munculnya Mayang
Sari yang makin hampir. Sakitah
menyerigai dan hatinya tersampuk kejam. Dari balik baju hitam yang lusuh, dia
mengeluarkan topeng berwajah putih. Perlahan-lahan topeng itu dibawa ke
wajahnya.
Sakitah
menghembus nafas kencang. Wajah Nisa dipandang dengan penuh kebencian.
Pedangnya yang bermandi darah diseret ke lantai hingga darah merah itu
mengekori jejaknya ke arah Nisa. Sebentar lagi perempuan itu akan ditamatkan
riwayatnya.
Sakitah
bertempik kuat, bergendang suaranya ke seluruh alam. Serentak air mata darah
mengalir, menuruni wajah topeng putihnya itu.
“
Sejauh mana pun kau berlari, aku tetap akan carimu hingga ke hujung dunia. Kau
dalam genggamanku. Tiada siapa yang pernah terlepas nyawa dari Sakitah!,” ujar
nenek tua itu dengan lirikan arus menyimpan dendam.
Pedang
berdarah itu terus diseret dan berhenti di hujung peha Nisa. Sebelah tangannya
bergerak ke bahu Nisa, dipegang rapat dan terus diangkat. Wajah Nisa
didongakkan. Dalam anggaran 4 hingga 5 meter, Sakitah menjulang tinggi pedang
tuanya dan mindanya berfrekuensi tinggi untuk membelah tubuh Nisa menjadi dua.
Nafsu kejamnya sudah tidak dapat dibendung lagi.
“
Selamat tinggal, sayang!” Pedang itu digenggam erat dan dihayun sekuat hati.
“
Sragh!” Darah merah terpecik ke ruang lantai.
Satu
hirisan nipis tetapi tajam terlebih dahulu menghiris tubuh Sakitah. Serta merta
perempuan tua itu menjerit nyaring lantaran lukanya teras berbirat. Pedang
tuanya terlepas. Terhuyung-hayang tubuhnya sebelum jatuh menyembah lantai.
“
Nampaknya kau tak pernah serik, Sakitah,” ujar Ezhan dengan melirikkan matanya
berarus tajam.
Nenek
tua itu mendongak wajahnya. Dia mengetap bibir buruknya yang berselindung di
sebalik topeng putihnya. Lelaki jahanam ini tak habis-habis menganggu
rancangannya, bisik hatinya bersenandung kejam. Rasa sakit hati menjalar ke
seluruh urat saraf seumpama terkena renjatan arus elektrik. Sekali lagi, lelaki
itu berjaya menggagalkan rancangannya.
Tatkala
dia cuba untuk bangun, Ezhan meluru secara tiba-tiba ke arahnya. Sakitah
terdiam sepi dan tiada suara yang berjaya keluar dari kerokongnya. Keringat
mulai menghangatkan sekujur tubuh. Sedar tak sedar darah menitis perlahan di
tepi bibirnya. Antara realiti atau fantasi, dia harus menerima hakikat keris
itu tertusuk tajam pada perutnya.
“
Kau punya hutang yang harus dibayar dengan darah, Sakitah,” bisik Ezhan di
cuping telinga Sakitah.
Sakitah
menyambut kata-kata itu dengan nafas yang menderu halus. Bebola mata hitamnya
hilang begitu sahaja menampakkan warna putihnya sahaja. Sekadar memerhatikan,
Sakitah menjunamkan pandangannya ke bawah perut. Darah merah mengalir,
membuak-buak dan terus membasahi keris putih itu.
Dengan
mata berukiran nafsu yang membunuh, perlahan-lahan ditariknya keris yang
tertusuk di tubuh Sakitah. Nenek tua itu terus menjerit kesakitan kerana tidak
tertahan kesakitan yang menjalar ke seluruh tubuhnya. Bibirnya pucat lantaran
darah tidak pernah untuk berhenti mengalir.
Bertambah deritanya, Ezhan seperti
sengaja menarik keris itu dengan rentak yang teramat perlahan. Ezhan menarik
muka, mengukir sebuah senyuman nipis. Jeritan nenek tua itu amat memuaskan
hatinya.
“
Ini balasan untuk orang yang bunuh seluruh ahli keluarga aku,” ujarnya dengan
ekor mata yang memancung tajam. Namun hatinya belum puas. Kerana luka lama yang
telah lama parah di dalam hatinya, dia merancang sesuatu. Ezhan tersenyum
lebar.
“
Dan ini balasan kerana kau telah bunuh guru kesayangan aku,” tuturnya seraya
memulas-mulas keris itu di perut Sakitah. Terburai perut nenek tua itu
dibuatnya. Dia membulatkan anak matanya. Sakitnya tidak terperi. Setelah merasa
puas, melihat kesengsaraan nenek tua itu, dia menghentikan penyeksaannya.
Lalu
tubuh orang tua itu ditolak dengan kuat sekali menyebabkan jasad itu terus
terpisah dari keris tajamnya. Sakitah perlahan-lahan jatuh menyembah ke lantai
bersarma darah yang melata ke seluruh ruang. Nafas terhenti secara perlahan dan
tubuh terasa dingin semacam. Denyutan nadi terhenti serta-merta.
Ezhan
melepaskan pandangan, jauh ke seluruh tubuh Sakitah yang terbaring kaku. Dia
menatap tajam ke arah itu.
“
Pergi jahanam lah kau, Asyraf Sakitah,” ujar Ezhan buat kali terakhir lalu
tubuh yang disangka tidak bernyawa itu ditinggalkan.
Sejurus
itu, dia melangkah ke arah Nisa. Tubuh itu dirangkul dengan helaan nafas yang
panjang. Dia menatap wajah pucat itu. Rasa sedih membayu, melemahkan seluruh
perasaan. Dia menitiskan air mata lalu tumpah perlahan ke wajah mulus itu.
“
Saya harap awak jangan tinggalkan saya. Saya terlalu mencintai awak,” kata
Ezhan dengan nada lirih.
Bersama
air mata yang tidak berhenti menitis, tubuh lemah itu terus digendong dengan
kedua belah tangannya. Ezhan berlari laju, meredah kepekatan malam menuju ke
suatu destinasi. Sesekali matanya masih sempat menatap ke arah Nisa yang diam
membisu.
Dia harus menyelamatkan gadis ini. Harus! Demi cinta yang tersenandung
kuat dalam hati, dia tidak akan biarkan perempuan meninggalkan dia sebegitu
sahaja.
Denai-denai
disusuri bagaikan kaki tidak jejak ke tanah. Membawa mereka berdua meninggalkan
kampung berpuaka ini. Terpalit duka yang mendalam, meninggalkan darah berwarna
merah.
Namun,
tiada siapa yang pernah mengetahui kuasa hitam tidak pernah tersurut dengan
begitu mudah. Di kejauhan, darah-darah yang berserakan perlahan-lahan mengalir.
Mengunjur ke arah Sakitah lalu tubuh itu pantas menyerap darah-darah itu.
Sekelip mata sahaja darah merah itu hilang malah tiada secalitpun darah yang
melekat di atas lantai lagi. Tiba-tiba Sakitah membuka matanya luas-luas.
Perutnya yang dirobek habis-habisan tadi sudah kembali sedia kala. Nafas yang
terhembus terasa panas.
“
Jumpa aku di neraka, anak muda!” Matanya terbias dengan api yang marak menyala.
Ezhan akan dibakar hidup-hidup malam ini.
Ezhan
melajukan kereta sehingga 120 km/j. Dia benar-benar ingin menyelamatkan Nisa.
Namun apakan dayanya, keretanya hanya mampu digerakkan dengan kelajuan empat
roda sahaja. Wajah Nisa yang semakin pucat menggetarkan perasaannya. Takut dia
tidak sempat dan Nisa pun meni…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan