Pengikut


Karya ini dilihat ramai follower di Karangkraf. Sebarang copy mungkin menyebabkan orang lain boleh detect anda mengambil karya saya!

Khamis, 20 Jun 2013


Syeikh Mulaqul Alam datang menerpa.  Ashraf yang asyik termenung, tergamam. Seketika, mereka berdua berguling-guling di atas tanah yang berdebu. Mereka berdua saling merenung retina mata masing-masing. Cuping telinga Ash bergerak-gerak, mengamati bunyi dentuman peluru yang membingitkan. Ash tersenyum menatap wajah Syeikh Mulaqul yang dirindui. Bagaikan utusan Malaikat datang dari langit, nyawanya diselamatkan oleh insan yang paling dikasihinya. Hati mereka terasa bersatu dalam pelukan erat seorang anak dengan bapanya.

“ Cis!” Edmund membentak dan tembakan terus dihentikan. Nafasnya terasa panas. Pengambil nyawa adiknya masih lagi hidup. ‘Lelaki misteri’ yang datang tiba-tiba, perosak segala rancangannya. Dengan tidak semena-mena, dia bangkit lalu mengeluarkan sebilah pisau pundak dari dalam kasutnya. Amarahnya menggila. Dia cuba bergerak namun terhalang dengan tangan yang menarik keras kakinya.

“ Biarkan aku yang selesaikan dia. Aku lebih mahir dalam hal ini, Ed,” ujar Joseph. Dia juga bangkit, berdiri rapat di sebelah Edmund. Tangannya beralih kemudian pisau pundak itu dirampas.

“ Serahkan pada aku sahaja. Aku pasti akan bawa mayat dia untuk kau, Ed.” Joseph memberi  jaminan. Edmund merengus. Joseph seperti mengecilkan dirinya sebagai seorang ketua dalam operasi ini. Tembakan telah diberhentikan serta-merta kerana sasaran sudah tiada di hadapan mata. Peluru tidak boleh dibazirkan dan harus dijimat untuk membunuh ramai lagi umat islam. Satu kepuasan bagi mereka apabila membunuh setiap mangsa dengan kejam.

“ Aku buat semua ini untuk kau, Ed. Kau ketua. Kau harus tetap hidup untuk operasi seterusnya. Sasaran kita cuma satu orang. Jangan kerana dia, kita semua harus mati, Ed.” Edmund terdiam. Kata Joseph ada benarnya. Dia tetap harus hidup. Tanpa seorang ketua, pasti anak-anak buahnya akan hilang semangat. Dia bersalah kerana melemparkan tuduhan yang macam-macam terhadap Joseph sedangkan rakannya sanggup berkorban nyawa deminya.

“ Baik. Aku percayakan kau, Joseph. Ingat. Jangan hampakan aku. Bawa mayat dia hidup-hidup untuk aku sembelih ‘binatang’ tu.” Bahu Joseph dipegang. Joseph tersenyum, menipis di tepi wajah.

“ Aku akan pastikan itu, Ed. Untuk kau, aku bawa dia sebagai ‘hadiah’ yang paling kau akan ingat.” Tangan Edmund ditolak halus. Dia bergerak secara berhati-hati, meredah kegelapan malam di bumi Syam. Pisau pundak di tangan, digenggam kemas.

“ Siapa mereka, bapa?” Ashraf melepaskan pelukan Syeikh Mulaqul Alam, dan membaringkan ayah angkatnya di atas tanah. Ayah angkatnya dilindungi di belakang tubuhnya. Kalau musuh datang, Ash lebih rela kalau dia yang mati dulu.

“ Mereka pembunuh upahan ‘elit’ yang telah diumpah oleh rejim Israel untuk bunuh kau. Bapa terlebih dahulu menghidu hal ini lalu bapa cepat-cepat menuju ke sini. Memandangkan kau sendiri pun tidak pernah menyangka, tempat persembunyian akhirnya diketahui,” ujar Syeikh Mulaqul Alam dalam nada yang perlahan.

 Ashraf menggeleng. Tidak disangka sampai ke sini, mereka memburunya. Padahal dia sekarang sudah lama bersara. Dia hanya sekadar jadi ‘mastermind’ untuk segala serangan ke atas rejim laknat itu. Sekala-sekala sahaja dia turun ke medan perang, kalau keadaan pejuang-pejuang bapanya sedang ‘tenat’. Itu pun dia hanya mengunakan pedang warisannya untuk terus mencatas leher-leher musunhya. Bukannya mengunakan senjata berat.

“ Bapa, sekarang ikut saya,” arah Ashraf. Ash terlebih dahulu mengesot ke hadapan.

“ Ke mana?” tanya Syeikh Mulaqul Alam tapi masih tetap mengekori Ash dari belakang. Dia yakin dengan kemampuan Ash. Pasti dia mempunya rancangan tersendiri untuk menewaskan musuh-musuhnya.

“ Lima meter dari sini. Kita akan sampai pada batu besar putih yang sudah lekuk. Cepat. Sebelum musuh sampai,” ujar Ash sambil matanya tidak lepas dari memandang sekeliling. Syeikh Mulaqul Alam mengangguk.

Joseph terus memburu musuhnya. Tidak sabar rasanya untuk merentap lelaki berwajah melayu itu. Lelaki itu telah banyak membuat ‘kejahatan’ pada rejim Israel. Dia melakukan tugas ini kerana dia mahu bertentang empat mata dengan lelaki hebat itu. Biar dunia tahu, siapa yang sebenarnya lagi hebat.

Keadaan sekeliling gelap gelita. Kalau adapun cahaya, pasti sahaja datang dari bulan yang tengah mengambang penuh malam ini. Tanpa sedikitpun suluhan cahaya, Joseph terus menapak. Sebagai pembunuh terlatih, dia sudah terbiasa dengan situasi begini. Matanya lebih tajam dari cahaya itu.

Tanpa disedari oleh Joseph, Ash sedang meniarap berhampiran dengannya sejurus selepas menyembunyikan Syeikh Mulaqul Alam di bilik bawah tana. Tanpa gentar, dia akan merempuh musuhnya seorang diri. Hatinya sudah lama terbakar dengan manusia yang bertopengkan syaitan ini.

“ Kau telah membunuh saudara-suudara aku di bumi ini. Kau memperlakukan wanita sesuka hatimu. Kau menyeksa kanak-kanak dengan nafsu binatang mu. Kau kira dengan mudah aku dapat melepaskan kau. Sebelum darah kau menjadi ‘galang ganti’, aku tak kan berhenti untuk terus menghacurkanmu, syaitan!” Ash mengeluarkan sebilah pisau tajam dari balik jaket kelabunya.

“ Dengan nama Allah yang Maha Esa, aku berjuang demi mempertahankan agamamu. Allahuakbar!” Teriak Ash. Berlari secepat mungkin, dia menjuruskan pisau di tangan ke tepi. Joseph berpaling tetapi sejejer darah merah yang mengalir membuatkan dia terdiam sepi. Matanya mengenjang berat. Dan dia masih mampu berjalan walaupun sudah kelihatan seperti mayat hidup. Pisau pundak di tangannya digenggam erat dan ditarik ke belakang. Dada Ashraf adalah sasarannya.

Ashraf terus bertindak. Dia melakukan lompatan ke udara lantas kepala lelaki itu dicapai, dipegang lalu pisau di tangannya dibenamkan. Ash membuka mata. Tubuhnya mendarat.

“ Mati kau, musuh Allah!” Joseph membisu. Pantas, tubuhnya rebah ke tanah yang berdebu merah. Malam ‘tersenyum’ riang kerana seorang lagi musuh ‘tuannya’ telah menemui ajalnya. Musuh pada agama Allah sama sahaja musuh kepada seluruh alam. Alam muka bumi ini tidak pernah sekali ‘redha’ pada yang menumpahkan darah umat islam.

Khamis, 13 Jun 2013


Langit biru bertukar kegelapan yang amat pekat dan perlahan-lahan kegelapan mengunjur hingga ke hujung timur. Malam ini wajah akan bertukar. Yang biru bertukar hitam dan yang hitam pastinya akan menjadi merah. Waktu terus berjalan pantas seiring dengan dendam yang berentak laju. Pedang tua itu sekali lagi bermandikan darah malam ini. Seolah-olah sudah tercatat pada takdir yang tertulis, pedang itu akan terus-terusan membunuh manusia yang tidak berdosa tanpa sensalan sedikitpun. Dosa seakan membisu. Dan darah terus bermaharajalela.

Sebentuk cincin lagi bakal menjadi milik kuasa hitam. Merestui detik munculnya Mayang Sari  yang makin hampir. Sakitah menyerigai dan hatinya tersampuk kejam. Dari balik baju hitam yang lusuh, dia mengeluarkan topeng berwajah putih. Perlahan-lahan topeng itu dibawa ke wajahnya.

Sakitah menghembus nafas kencang. Wajah Nisa dipandang dengan penuh kebencian. Pedangnya yang bermandi darah diseret ke lantai hingga darah merah itu mengekori jejaknya ke arah Nisa. Sebentar lagi perempuan itu akan ditamatkan riwayatnya.

Sakitah bertempik kuat, bergendang suaranya ke seluruh alam. Serentak air mata darah mengalir, menuruni wajah topeng putihnya itu.

“ Sejauh mana pun kau berlari, aku tetap akan carimu hingga ke hujung dunia. Kau dalam genggamanku. Tiada siapa yang pernah terlepas nyawa dari Sakitah!,” ujar nenek tua itu dengan lirikan arus menyimpan dendam.

Pedang berdarah itu terus diseret dan berhenti di hujung peha Nisa. Sebelah tangannya bergerak ke bahu Nisa, dipegang rapat dan terus diangkat. Wajah Nisa didongakkan. Dalam anggaran 4 hingga 5 meter, Sakitah menjulang tinggi pedang tuanya dan mindanya berfrekuensi tinggi untuk membelah tubuh Nisa menjadi dua. Nafsu kejamnya sudah tidak dapat dibendung lagi.

“ Selamat tinggal, sayang!” Pedang itu digenggam erat dan dihayun sekuat hati.

“ Sragh!” Darah merah terpecik ke ruang lantai.

Satu hirisan nipis tetapi tajam terlebih dahulu menghiris tubuh Sakitah. Serta merta perempuan tua itu menjerit nyaring lantaran lukanya teras berbirat. Pedang tuanya terlepas. Terhuyung-hayang tubuhnya sebelum jatuh menyembah lantai.

“ Nampaknya kau tak pernah serik, Sakitah,” ujar Ezhan dengan melirikkan matanya berarus tajam.

Nenek tua itu mendongak wajahnya. Dia mengetap bibir buruknya yang berselindung di sebalik topeng putihnya. Lelaki jahanam ini tak habis-habis menganggu rancangannya, bisik hatinya bersenandung kejam. Rasa sakit hati menjalar ke seluruh urat saraf seumpama terkena renjatan arus elektrik. Sekali lagi, lelaki itu berjaya menggagalkan rancangannya.

Tatkala dia cuba untuk bangun, Ezhan meluru secara tiba-tiba ke arahnya. Sakitah terdiam sepi dan tiada suara yang berjaya keluar dari kerokongnya. Keringat mulai menghangatkan sekujur tubuh. Sedar tak sedar darah menitis perlahan di tepi bibirnya. Antara realiti atau fantasi, dia harus menerima hakikat keris itu tertusuk tajam pada perutnya.

“ Kau punya hutang yang harus dibayar dengan darah, Sakitah,” bisik Ezhan di cuping telinga Sakitah.

Sakitah menyambut kata-kata itu dengan nafas yang menderu halus. Bebola mata hitamnya hilang begitu sahaja menampakkan warna putihnya sahaja. Sekadar memerhatikan, Sakitah menjunamkan pandangannya ke bawah perut. Darah merah mengalir, membuak-buak dan terus membasahi keris putih itu.

Dengan mata berukiran nafsu yang membunuh, perlahan-lahan ditariknya keris yang tertusuk di tubuh Sakitah. Nenek tua itu terus menjerit kesakitan kerana tidak tertahan kesakitan yang menjalar ke seluruh tubuhnya. Bibirnya pucat lantaran darah tidak pernah untuk berhenti mengalir. 

Bertambah deritanya, Ezhan seperti sengaja menarik keris itu dengan rentak yang teramat perlahan. Ezhan menarik muka, mengukir sebuah senyuman nipis. Jeritan nenek tua itu amat memuaskan hatinya.

“ Ini balasan untuk orang yang bunuh seluruh ahli keluarga aku,” ujarnya dengan ekor mata yang memancung tajam. Namun hatinya belum puas. Kerana luka lama yang telah lama parah di dalam hatinya, dia merancang sesuatu. Ezhan tersenyum lebar.

“ Dan ini balasan kerana kau telah bunuh guru kesayangan aku,” tuturnya seraya memulas-mulas keris itu di perut Sakitah. Terburai perut nenek tua itu dibuatnya. Dia membulatkan anak matanya. Sakitnya tidak terperi. Setelah merasa puas, melihat kesengsaraan nenek tua itu, dia menghentikan penyeksaannya.

Lalu tubuh orang tua itu ditolak dengan kuat sekali menyebabkan jasad itu terus terpisah dari keris tajamnya. Sakitah perlahan-lahan jatuh menyembah ke lantai bersarma darah yang melata ke seluruh ruang. Nafas terhenti secara perlahan dan tubuh terasa dingin semacam. Denyutan nadi terhenti serta-merta.

Ezhan melepaskan pandangan, jauh ke seluruh tubuh Sakitah yang terbaring kaku. Dia menatap tajam ke arah itu.

“ Pergi jahanam lah kau, Asyraf Sakitah,” ujar Ezhan buat kali terakhir lalu tubuh yang disangka tidak bernyawa itu ditinggalkan.

Sejurus itu, dia melangkah ke arah Nisa. Tubuh itu dirangkul dengan helaan nafas yang panjang. Dia menatap wajah pucat itu. Rasa sedih membayu, melemahkan seluruh perasaan. Dia menitiskan air mata lalu tumpah perlahan ke wajah mulus itu.

“ Saya harap awak jangan tinggalkan saya. Saya terlalu mencintai awak,” kata Ezhan dengan nada lirih.

Bersama air mata yang tidak berhenti menitis, tubuh lemah itu terus digendong dengan kedua belah tangannya. Ezhan berlari laju, meredah kepekatan malam menuju ke suatu destinasi. Sesekali matanya masih sempat menatap ke arah Nisa yang diam membisu. 

Dia harus menyelamatkan gadis ini. Harus! Demi cinta yang tersenandung kuat dalam hati, dia tidak akan biarkan perempuan meninggalkan dia sebegitu sahaja.

Denai-denai disusuri bagaikan kaki tidak jejak ke tanah. Membawa mereka berdua meninggalkan kampung berpuaka ini. Terpalit duka yang mendalam, meninggalkan darah berwarna merah.

Namun, tiada siapa yang pernah mengetahui kuasa hitam tidak pernah tersurut dengan begitu mudah. Di kejauhan, darah-darah yang berserakan perlahan-lahan mengalir. Mengunjur ke arah Sakitah lalu tubuh itu pantas menyerap darah-darah itu. Sekelip mata sahaja darah merah itu hilang malah tiada secalitpun darah yang melekat di atas lantai lagi. Tiba-tiba Sakitah membuka matanya luas-luas. Perutnya yang dirobek habis-habisan tadi sudah kembali sedia kala. Nafas yang terhembus terasa panas.

“ Jumpa aku di neraka, anak muda!” Matanya terbias dengan api yang marak menyala. Ezhan akan dibakar hidup-hidup malam ini.

Ezhan melajukan kereta sehingga 120 km/j. Dia benar-benar ingin menyelamatkan Nisa. Namun apakan dayanya, keretanya hanya mampu digerakkan dengan kelajuan empat roda sahaja. Wajah Nisa yang semakin pucat menggetarkan perasaannya. Takut dia tidak sempat dan Nisa pun meni…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...